IKLAN

Wednesday, May 27, 2015

Terbit Buku Sendiri 10 : 6 Jenis Kos Yang Terlibat Bagi Menerbitkan Buku (Kos Kaver).

Yang  dimaksudkan  dengan  kos  kaver  ialah  bayaran kepada designer yang telah menyediakan kaver buku 
.

Kaver  yang  baik  adalah  kaver  yang  dapat memikat  hati  bakal  pembaca  untuk menyentuh, menyelak  dan  memeluk  buku  itu  untuk  dibawa pulang ke rumah. 
.


Jangan  nilai  buku  daripada  kaver  bukanlah ayat  yang  boleh  menjadi pegangan penulis yang mahu  hidup  sepenuh  masa  dengan  pendapatan daripada jualan buku. 

Monday, May 25, 2015

Terbit Buku Sendiri 9 : Langkah-langkah Menerbitkan Buku Sendiri (Selepas Terbit).

1.  Promosi buku.

.
2.  Gunakan media sosial untuk kongsikan nilai-nilai dan juga ilmu yang ditulis dalam buku itu.

.
3.  Ulangcetak mengikut permintaan daripada pembaca.

.
4.  Siapkan buku kedua dan seterusnya. Penulis yang sudah merancang kejayaan buku insya-Allah tidak akan terperangkap dengan kejayaan buku pertama. Penulis perlu kekalkan momentum menerbitkan buku.

Friday, May 22, 2015

Terbit Buku Sendiri 8 : Langkah-langkah Menerbitkan Buku Sendiri (Semasa Terbit).


1. Semak ejaan dan tanda baca sebelum hantar kepada pencetak : Upah editor freelance untuk semak manuskrip tuan-tuan. Supaya buku yang mahu dicetak nanti berkualiti dan berbaloi dibayar untuk dibaca.

.
2. Semak susun atur layout : Pastikan nombor muka surat, jarak antara tepi buku dan bahagian ayat tidak silap bagi mengelakkan 
.

3. Design kaver dapatkan ukuran tepat daripada pencetak. Ukuran tebal tulang buku dan juga ukuran kaver depan dan juga kaver belakang.

.
4. Pastikan pengikut dan bakal pembaca tahu akan kewujudan buku ini sebelum ia siap dicetak.



Wednesday, May 20, 2015

Terbit Buku Sendiri 7 : Langkah-langkah Menerbitkan Buku Sendiri (Sebelum Terbit).


1. Promosi : Kongsikan kepada bakal pembaca ilmu-ilmu yag tuan tulis dalam buku itu. Bukan menjualnya dengan cara mendesak. 

Kanye West, "Don't ever try to sell me on enything. Give me all the information and I'll make my own decision."
.

2. Rancang kejayaan buku : Sebelum menulis, sebaik-baiknya buat perancangan dulu berapa buah judul mahu tulis dalam siri ini? Bagaimana mahu promosi? Siapa bakal pembaca? dan lain-lain.
.

3. Kenal pasti bakal pembeli : Siapakah pembaca buku Tuan? Jika mahu menulis buku kanak-kanak adakah pembeli itu kanak-kanak atau ibubapa? Jika mahu menulis buku tentang kejuruteraan dimanakah mereka melepak dan bersosial?
.

4. Siapkan manuskrip : Mulakan menulis manuskrip sehingga siap.








Monday, May 18, 2015

Terbit Buku Sendiri 6 : Self Publish Itu Apa Sebenarnya?

Self-Published ataupun terbit buku sendiri adalah salah satu cara menerbitkan buku.

Selain daripada kaedah biasa yang  diamalkan oleh kebanyakan  penerbit  penulis  tidak perlu keluarkan duit untuk membayar duit mencetak buku, membuat  bayaran  untuk  kos kaver, editing dan layout.
.

Bagaimanapun  buku  bukanlah  salah  satu kaedah  saja  bagi  menyampaikan  ilmu. Ada pelbagai lagi  medium  yang  boleh  digunakan  untuk  tujuan berkongsi  ilmu  dan pengetahuan  kepada manusia  di luar sana.
.


Selain  buku  boleh  juga  gunakan  kaedah, ebook,  rakaman  video,  rakaman  mp3, games,  apps, board games dan pelbagai lagi kaedah. bagaimanapun dalam  ebook  ini saya  akan  kongsikan kaedah bagaimana menerbitkan buku sendiri, ataupun nama lain yang kita biasa dengar self published. 

Thursday, May 7, 2015

Terbit Buku Sendiri 5 : 6 Tindakan Penting Sebelum Terbit Buku Sendiri


  1. PASTIKAN MANUSKRIP BERSIH

    Bersih yang saya maksudkan adalah bersih dari sudut ejaan. Pastikan pembaca rasa bebaloi untuk membaca dan mempromosi secara percuma apabila membaca buku Tuan. Kesalahan ejaan beberapa patah perkataan adalah dimaafkan. Namun, sekiranya terdapat kesalahan ejaan pada setiap bab. Itu adalah masalah besar yang perlu dirawat. Jika tidak tuan akan popular menjadi penulis yang tidak teliti.

    Kesalahan ejaan yang tidak dibaiki sebelum buku dicetak adalah kerugian wang yang besar. Tuan perlu cetak sticker untuk tampal di atas ejaan yang salah itu.

    Sticker itu adalah duit....
    .
  2. PASTIKAN DESIGN KAVER TEPAT

    Design kaver adalah perkara pertama yang akan menarik pandangan bakal pembeli dan juga pembaca. Di sini saya mahu tekankan dari sudut teknikal. pastikan semua logo, nama penulis, judul buku berada dalam 1.5cm daripada setiap sudut tepi buku.

    Jika buku mahu menggunakan perfect binding, dapatkan ukuran tebal tulang buku daripada pencetak. Ukurannya bergantung dengan ketebalan buku mengikut jumlah muka surat dan juga tebal kertas.

    Kaver belakang buku juga serupa dengan kaver depan buku. Sebaiknya, letakkan kod bar ISBN di belakang buku. ISBN boleh dimohon daripada Perpustakaan Negara Malaysia di tingkat 3.
    .
  3. PASTIKAN LAYOUT DALAMAN KEMAS

    Tidak semestinya layout buku tuan perlukan kerawang ataupun berbunga-bunga. Pastikan kemas dan sedap mata memandang untuk dibaca. Layout bagi buku kanak-kanak berbeza dengan layout untuk buku bisnes nonfiksyen.

    Bagaimana mahu dapatkan font yang sama seperti buku yang diterbitkan di pasaran oleh penerbit besar? Tuan buka pada muka surat hak cipta, disitu ada penerbit seperti PTS Media yang ada nyatakan mereka menggunakan font jenis apa berserta saiznya.
  4. DAPATKAN SEBUT HARGA

    Dapatkan sebut harga kos cetakan buku sebelum membuka  borang tempahan. Selepas menerima sebut harga barulah letakan harga yang mahu dijual dan kemudian buka tempahan.

    Jangan sesekali mengambil tempahan yang sudah dinyatakan harga buku sebelum mendapatkan kos cetakan. Tuan-tuan akan menjadi sukar mengubah harganya.
  5. DAPATKAN PEMBELI SEBELUM MENCETAK

    Promosi buku semasa buku sedang disiapkan. Jika mahu terbit dengan penerbit mungkin ia menjadi sedikit sukar kerana tuan tidak dapat kawal bila mahu cetak dan terbitkan buku itu. Melainkan tuan penulis ternama dan sudah ada banyak buku bersama penerbit itu, insya-Allah tuan boleh bincang bersama penerbit bila mahu lancarkan buku.

    Namun, disebabkan tuan menerbikan buku ini sendiri. Jadual terbit dan cetakan tuan yang akan tentukan sendiri. Jadi, sebaik-baiknya kerapkan berkongsi maklumat buku itu sebelum buku diterbitkan.

    Sebaik-baiknya konsisten berkongsi tentang topik itu 3 bulan berturut-turut di media sosial dan juga blog tuan.
    .
  6. MERANCANG KEJAYAAN BUKU

    Menjadi penulis bukan sekadar tulis dan terbit saja. Ada banyak perkara lain yang perlu dibuat. Saya akan kongsikan tentang merancang kejayaan buku ini akan datang.



Tuesday, May 5, 2015

Terbit Buku Sendiri 4 : Berapa banyak modal jika mahu cetak buku sendiri?

Berapa banyak modal jika mahu cetak buku sendiri?
.

Dalam artikel sebelum ini sudah saya kongsikan tentang 6 jenis kos yang perlu diperolehi bagi menerbitkan buku sendiri. Ia melibatkan kos design kaver, layout dan editing, kos cetak, kos pemasaran, kos gudang simpanan dan juga kos penghantaran buku.
.

Jadi berapa jumlah modal yang diperlukan oleh penulis yang mahu terbit buku sendiri? Modalnya bergantung kepada tuan-tuan. Sekiranya tuan dapat melakukan sendiri sebahagian daripada 6 jenis kos di atas, tuan boleh menjimatkan beberapa ratus ringgit. Kemudian hanya sediakan kos cetakan saja.
.

Kos cetakan pula bergantung kepada jenis buku yang kita mahu terbitkan. Ia berkait langsung dengan :


  1. Jumlah muka surat
  2. Berapa muka surat berwarna
  3. Berapa muka surat hitam putih
  4. Jenis binding
  5. Saiz buku yang mahu dicetak
  6. Jumlah unit cetakan



Sekiranya tuan-tuan sudah mempunyai 6 maklumat di atas, tuan boleh dapatkan sebut harga mencetak buku. Kos cetakan bagi 300 unit ke bawah adalah lebih tinggi berbanding 1000 unit dan ke atas.
.

Anggaran kos cetakan bagi seunit buku pula bermula daripada RM14.00+- sehingga RM3.00+ -Bagaimanapun ia sentiasa berubah berdasarkan kepada 6 maklumat di atas. Jika salah satu daripada 6 perkara itu berubah, maka kos cetakan juga akan berubah.



Group WhatsApp Terbit Idea